Menulis

 

Sejak bila minat menulis ni? 
Em entahlah macam tiba-tiba nak dekatkan diri dengan berblogger. Seronok cakap sendiri. Feel free. Tapi aku jenis banyak kaitkan post dengan kehidupan aku. Kalau yang bermanfaat tu ambil lah. Yang tak baik jangan ambil. Pesanan pada diri tiap-tiap hari "Istiqamah, Semoga hari ini lebih baik dari semalam". Kena kuat. Bolehlah dikatakan hijrah itu senang, tapi istiqamah tu mungkin susah. Kena ada jihad, kekuatan. Hidup kita kena selalu beringat dan diperingatkan. Penting tau cari sahabat, timba ilmu. Banyak kali ulang. Sebab nampak banyak sangat kepentingannya dengan lorong kehidupan. Tapi itulah, sesuatu ujian yang Allah beri ada lah hikmahnya tu yang tersembunyi. Allah menampakkan kebesaranNya bahawa kita ni benar-benar lemah tanpa kekuatan dari Allah. Alhamdulillah. 

Bila kau dekatkan diri dengan orang-orang soleh/solehah engkau akan rasa nikmat ketenangan. InshaaAllah. Yang penting istiqamah. 

Muhasabah diri dan jangan biarkan dirimu ke lembah kejahilan. 

Aamin, InshaaAllah.

No comments:

Post a Comment