Hati, awak kat mana tu?


Alright. Aku tengah cakap dekat diri aku sendiri tentang pasangan.

Gambar di atas. Comel ke comel? Bhehehe saja letak gambar Irma Hasmie.
Inspires "Cinta Selepas Nikah". Alaaa sweetnyaaa. Together until Jannah.

Saya nampak sesuatu.

Sesuatuuu?

Yes, sesuatu yang saya nampak itu adalah BAHAGIA.

Did you see that Aliah?

Aliah, Nineteen years old, 2k16

Okay even aku ni dikira agak muda sangat lagi laa nak fikir benda ni tapi dari sekarang jugaklah kena fikir-fikirkan. Doa tu yang penting. Kadang apa yang terjadi pada orang lain tak pada kita, kita pun kena ambil pengajaran. Kena jadi cerdik sikit laa kata orang. :) Pegang dengan kata-kata Allah. Nak yang baik, kita terlebih dahulu kena jadi baik. InshaaAllah. Tak semua yang datang dalam hidup kita orang yang baik-baik. Tapi sentiasa bersangka baik. Jangan tuduh or hukum macam-macam. Jadi hati-hati dalam memilih kawan. Kadang ada je yang dengki sebab-sebab tertentu. Niat orang kita tak tahu. Ye dok? Eh, bak kata macam macam la boleh jadi. Nama pun duniakan. Ahaaa... Ujian Allah untuk kita menjadikan kita lagi matang. Fikirkan tindakan yang perlu diambil secara profesional lah nak dikatakan. hehe. Ada hikmah disebalik ujian. Tak caye check balik. Kena sentiasa muhasabah dan ambil iktibar. Tak rugi pun. Untuk diri kita jugak. ;)

Pasal couple. Jujur lah aku rasa buang masa je couple. Yep, betul cakap ni. Kita letakkan orang yang tak sepatutnya dalam hati kita. Selalu aku ulang-ulang video Ustazah Fatimah Syarha supaya aku ingat dan ingat "Cinta Halal" tu.
Bawah ni videonya. 
1. Video Ustazah Fatimah Syarha 1
2. Video Ustazah Fatimah Syarha 2
3. Video Ustazah Fatimah Syarha 3

Dengar, pengajaran yang baik kita ambil.

Setiap yang bertunang ataupun yang ada perasaan sebelum nikah ini sedang berdusta. Sedang tidak menjadi dirinya yang sebenar. Jadi, kalau kamu bercouple, berkawan-kawan 20 tahun sekali pun kamu takkan kenal dia. Yang kamu kenal adalah lakonannya. Buang masa je kalau kita kata nak kenal dulu sebelum nikah. Kita akan mengenak seorang "Pacar" bukan seorang suami. Sebab masa berkasih yang kita cari adalah keindahan-keindahan. Kita cari hanyalah keseronokan. Masa berkahwin, kita kenal dia kelemahan dan kebaikan dia. Kita cuba bantu untuk tingkatkan potensi dia. Dan kalau kita berpacaran, bercouple sebelum nikah ini. Syaitan akan menjadikan satu modal penting untuk rosakkan alam rumah tangga kita nanti. Sebab masalahnya, ada masalah yang kita undang. Ada masalah yang tak diundang. Yang kita undang ini ialah bila kita sekarang tak setia. Bila kita tak ambil ALLAH nombor SATU. Bila kita sekarang sanggup dekati jalan-jalan zina. Dah nikah nanti pasangan kita duk FB dengan Suami orang. Pasangan kita duk FB dengan Isteri orang jangan terkejut. Kalau ditawarkan cinta kepada adik, dia duk puji kecantikan wajah adik. Jangan terkejut nanti, dia jadi suami yang bermata keranjang. Kalau caranya itu tidak meletakkan Allah nombor satu. Tak takut pada Allah. Dia sedang persembahkan cinta yang rapuh yang sementara untuk adik. Dan cinta itu takkan bawa bahagia. Tapi kalau kita ambil sebab cinta itu kerana agama dan akhlaknya. Kerana ALLAH. ALLAH takkan lenyap. Cinta itu pun takkan lenyap. :) (Ustazah Fatimah Syarha)

Antara intipati yang ada dalam video. Couple adalah HARAM. Jangan dekati zina. Cari cinta Allah. Jaga akhlak. Tiba masanya jodoh akan ada. InshaaAllah. Semuanya di tangan Allah. :)

Pstt... Jaga Iman, Jaga hati, Jaga mata. Jaga semualah. hehe ;)

No comments:

Post a Comment