School memories







JUJUR RINDU ZAMAN SEKOLAH.


SANGAT- SANGAT!

Banyak pengalaman terkumpul. Of course lah banyak pengalamankan. Gambar-gambar kat atas ni masa sekolah menengah. Ada banyak lagi tapi gambar dah terbuang sebab laptop format balik haritu terlupa ada gambar-gambar time sekolah, Sayang kan? Emm.. nak buat macam mana. Redho jela. :') Ada la jugak sikit-sikit tinggal ni haa. Itu pun sebab ada upload kat Facebook. Kehkeh. Rindu jatuh bangun aku kat sekolah. Sekolah aku dari form 1 sampai form 5, Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah. Kiranya sekolah aku ni terkenal dekat kawasan Muadzam ni. Boleh beza jugaklah dengan sekolah biasa macam mana nak cam budak-budak sekolah aku ni. Sekolah aku jenis Rancangan Khas (RK). Yang tinggal jauh tu disediakan asrama. Aku merasalah setahun duduk asrama time form 5. Bukan apa... aku kesian kat mak ayah aku kena hantar jemput aku banyak kali pergi sekolah. Form 5 da lah banyak kelas tambahan jadi keputusan aku jadi budak asramalah. Tapi ada rasa jugak nak keluar tu. Sampai nangis-nangis call mak. Haha Tapi, mak ayah pujuk-pujuk untuk terus kuat. Seronok apa duduk asrama. Banyak masa yang boleh dimanfaatkan. Ya Allah, rinduuuu.
Alhamdulillah aku bersyukur sangat dapat sekolah kat sini. Cikgu-cikgu kat sekolah aku amat-amat titip beratkan tentang SOLAT, AURAT. Caring sangat-sangatlah. 'Tentang Solat kat sekolah'. Sebelum balik sekolah mesti solat berjemaah kat surau dulu baru boleh balik. Yela balik pun dah 3.10 pm macam tu tentu laa tak solat lagi sebab full dengan class. Ustaz pernah cakap dulu "Kamu balik rumah tu belum tentu solat nak makan dulu lah, rehat-rehat lah". Jadi untuk mengelakkan dari tertinggal solat. Kena selesaikan tanggungjawab dulu baru boleh balik. Biasanya Ustaz selalu tunggu depan surau yelaa kadang budak ada yang ngelat tak solat dulu sebelum balik rumah. Yang aku ingat lagi setiap hari Jumaat mesti ada bacaan Yassin dengan Tazkirah. Masa zaman Hajah Asiah (Bonda/Pengetua) setiap pagi kena baca Al Mulk dekat surau / luar kelas. Tapi tu masa aku form 2 dengan form 3.
Bab Aurat okay. Mulai 2013 tak silap aku lah masa aku form 4. Diwajibkan pelajar untuk memakai tudung labuh. Alhamdulillah. Ada jugak yang tanya sekolah agama ke? Hm kalau pakai tudung labuh mentaliti semua memang sekolah agama eh? hehehe...
Belum cerita pasal lain lain lagi. Masa kat kelas, pertandingan, kawan, event +
Nak cerita ni je lah nak cerita berjela aihh alamatnya penat la haku. Haha... Okay sampai sini.
SMK Muadzam Shah terbaik! Saya bangga jadi pelajar SMK Muadzam Shah (SEMSHAH). Alhamdulillah. :)

No comments:

Post a Comment