Hargai sahabat



Sahabat?

Awak ada sahabat?

Kalau tak ada cuba-cubalah cari sahabat. Takpun awak sendiri yang jadi sahabat pada orang lain. Penting ke sahabat ni? Pernah tak terfikir sahabat ni penting ke tak? Bagi yang pernah merasa jatuh, akan tahu bertapa nikmatnya bila ada seorang sahabat. Nak tahu tak sebab apa pentingnya sahabat? Haa.. macam ni. Kadang kala kita buat sesuatu tu kita tak nampak salahnya. Jadii tugas sebagai sahabat adalah menegur kepada sahabat lain untuk perbetulkan keadaan. Ukhuwah yang terjalin kerana Allah ni. Manisnya tak terkata. Seronok... Teringat pulak lagu Mawi AF tu "Sahabat Dalam Tubuh". Best lagu tu, hayatilah. Pasal sahabat ni kalau dah cari sahabat tu janganlah awak sia-siakan sahabat awak. Rugi. Kalau nampak dia arah lain sikit, tegurlah dengan hikmah. Nampak dia dalam susah, pujuklah supaya dapat menyenangkan hati dia, bantu dia. Dulu-dulu aku agak tertanya-tanyalah juga apa erti sahabat tu. Aku ingat jenis sahabat ni macam kawan biasa la tapi sahabat ni lain. Lain sangat dari kawan. Sahabat ni masa kita senang susah pun dia ada. Kalau kawan, dia tak selalu ada. Tapi masa dia susah dia cari kita. Macam tu laa... Masing-masing aku pasti ada pengalaman tentang berkawan ni. Okay, sahabat ni jugak yang terpentingnya ialah dia mengingatkan kita atau mendekatkan kita kepada Yang Esa iaitu Allah SWT. Yes, kadang kita perlu manusia untuk meluahkan perasaan, perlukan nasihat. Masalah kita yang kita ceritakan dekat dia, dia simpan baik-baik. Percakapan pun dia jaga tak buat sampai kita terasa hati. Memang semuanya terjagalah untuk kekalkan ukhuwah. Iyelah bersahabat kerana Allah segala yang diniatkan baik, baiklah ia. Betul? Hargailah sahabat betul-betul. Rasa ada yang tak kena je cepat-cepat tanya. Itulah kalau ada masalah dengan sahabat jumpa then minta maaf. Tak susah. Jangan ego. Sahabat yang baik akan memaafkan cuba untuk selesaikan masalah dengan hikmah. Bukan melarikan diri dari masalah dan terus memutuskan silaturahim. Bukan macam tu. Nak orang hargai kita, kita terlebih dulu menghargai orang lain barulah hidup bahagia. :')
Pesanan ringkas : Hargai sahabat.

No comments:

Post a Comment