Blogger life



Okay hari ni aku start berblog. Tahu tak. Hmm tengah sedihlah sekarang. Tapi inshaAllah "Aku terus kuat untuk teruskan kehidupan aku". Kesedihan Allah takkan beri berpanjangan. Ada hikmah yang Allah nak beri disebalik kesedihan ni. Allah nak jadikan diri aku lebih kuat. Aku rindu Ya Allah. Rindu saat-saat kejatuhanku selalu mengingatiMu walau apa jua keadaan. Sama ada gembira, sedih, perasaan yang bagai rupa. Rindu perasaan ditarbiah. Rindu perasaan ukhuwah fillah. Tapi yang ada sekarang aku rasa seperti kosong-kekosongnya. Ya Rabb tunjukkanlah aku jalan yang engkau redhai. Lorongkan aku pada jalan menuju syurgaMu. Maafkan aku kerana alpa, leka, mengabaikan diri sendiri untuk mendekatiMu. Selama yang telah Engkau mengajarkan erti kehidupan kepadaku. Dengan izinMu, aku ingin dan akan berubah untuk menjadi seorang Muslimah yang lebih baik. Harapanku hanya padaMu Ya Rahman. Engkau sebaik-baik penolong. Aku cuma hambaMu yang hina. Tiada tempat untuk aku mengadu selain daripadaMu. Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang terkandung dalam hati ini. HasbunAllah Wa Ni'mal Wakil.

No comments:

Post a Comment