Comel macam MAYONIS

 

Aliya Husna


Gambar ni dalam bas nak gi rehlah. Selalu gelarkan diri dia akak masa mula-mula kenal sebab dia ingat den ni bawah dari dia. Kahkahkah. Nak ingat balik ni. Haaa... Aliya lah orang pertama dalam keluarga RaPI mai rumah ceq. Hahahaha Kembaq nama jaa muka tak. Kompiuz kadang bila panggil Alia dua-dua perasan. Hihu Selalu jaa gurau-gurau kena tarik pipi. 😁 Suka sangat makan aiskrim sumi. Ayat cumell... "Comel macam mayonis" Sebab... katanyalah mayonis tu comel. :P Cerewet dalam membuat keputusan. Hihi bukan cerewet laa lebih kepada ketelitian. Ana uhibbuki fillah abadan abada. 😉💗

Hihi betul ke bidadari tersesat

 
Terima kasih : 9 April 2017

 ???

Tanda tanya dah mula-mula. Perkenalan. Yang diri sendiri tak di jangka "mungkin". Terkejut. Dan aku selalu-selalunya mempersoalkan apa ni? apa ni? apa ni? Kenapa tiba-tiba. Adakah yang lebih baik datang? Kenapa kita banyak persamaan? "Kenapa ni, kenapa tu" memang banyaklah mempersoalankan bukan masalahnya curiga tapi masalahnya tentang fitrah tu dan perkenalan tu. hehehe. Dan hatiku tertarik untuk mengenalinya. Jalan cerita diri ni sudah pun tertulis. Aku berjodoh dengan kamu? Tu belum tentu. Yang pasti aku sudah pun bertunang dengan Encik kematian. Bila-bila masa Allah boleh tarik roh ni daripada jasad. :') Jadi, sama-samalah kita saling menjaga dan memperbaiki diri. Buat masa sekarang ilmu-ilmu itu amat penting bagi aku. Bak kata orang dalam diam-diam ubi berisi ecehh. Dan kenangan demi kenangan manis tercatat tidak mungkin dilupakan. InshaaAllah. Flashback jengjengjeng. Masa Rehlah. Tak sangka dalam seramai-ramai orang tu, dia yang terpilih dapat hadiah tu. Dari aku pulak tu. Ya Allah... terkejutnya jangan cakap laa sampai tersebut nama dia masa dia bangun tu. Nasib orang sebelah tak dengar 😃 Bayangkan orang yang ko ternanti-nanti siapa dapat, tak sangka tetiba dia yang bangun dan dia yang dapat yang hat engko pulak. AHAHAHAHAHA MasyaAllah. Dengan group Rehlahnya sama. Entah la halah-halah tang suwit je. Banyak lagi sebenarnya. Tapi itulah kenangan yang membuatkan aku tersenyum sentiasa bila kenangkan. Kau... rasa berbunga jangan cakap ahh. HAHAHA Kelakar je bila ingat balik. Apa pun jaga hati awak, jaga diri awak. Sama-samalah kita ek. Okay chaw layan melodydalampuisi kat Instagram. Hikss.

Yang selalu teman

DARIPADA ROZITA : 9/4/2017



"Akakkk... kalau akak nak turun bagitau zie tau kalau tak bagitau zie merajuk" -zie

HAHAHAHA

Tu laa selalu ayat zie sampai dah boleh hafal dah hahaha Serious rindu, harap next sem jumpa lagi inshaaAllah. TERIMA KASIH ZIE. Adik yang sentiasa tolong akaknya kat dapur setiap kali ada jualan start dari jualan pasar malam tu laa, kalau tak, tak kenal lah zie. Start ta'aruf pun dari petang tu dengan kak Asma untuk amik gambar petang tu. hihi Kongsi masalah sama-sama. Kadang kelakar lahh kenangkan balik. Iktikaf sama kat Pusat Islam (Masjid) masa dengan Kak Umi. Jalan-jalan lagi. Perkara yang paling tak boleh dilupakan adalah perkara tu. Secret. XD Ayat dia lagi "Yelaa semua nak tinggalkan zie, kalau akak takde zie nak kawan dengan siapa nanti" Itulah ayat dia. Sedih pulak dengoo sebab haritu ada dapat panggilan interview SPA. Tapi tak tau dapat ke tak, pergi je interview tu kalau dapat pun pergi ye laa peluang masa depan cerah depan mata. Takkan taknak pergi. hihihi.
Okaylah akak sayang zie sangat-sangat inshaaAllah takkan lupakan zie. 😉💖